Pasangan ini muncul di program hiburan MeleTOP malam tadi untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka, Untuk Terakhir Kali yang akan ke udara di Astro RIA pada 9.00 malam 27 Jun 2013 nanti. Apabila Neelofa bertanyakan apa yang membuatkan telefilem ini berbeza dengan sinetron yang biasa di lakonkan, pelakon berasal dari Indonesia itu spontan & berseloroh menjawab "kerana adanya Elfira Loy".
“Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa & Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy — di’sambut sorakan satu studio. Bukan tu saja Baim Wong turut mahu menunjukkan SMS antara beliau & Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan semula handphonenya tanpa mendedahkan kepada umum. Adakah mereka benar2 bercinta atau sekadar gimik untuk melariskan telefilem semata?
Kalau betol maka bertambahlah satu lg pasangan Malaysia, Indonesia selepas Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestrai (BCL). Sebenarnya tak salah pon kalau diorang bercinta, memang orang kata secocok memandangkan diorang ada darah campuran yang sama, darah campuran cina.
So sweet and romantik sangat cara Baim Wong merenung manja mata elfira Loy. Harap2 adalah goods new dan bukan sekadar gimik.