Sunday, June 30, 2013

Hampir kehilangan danish... nk tercabut jantung aku — feeling blessed.

Assalamualaikum & selamat petang uolls

Nk dipendek dan panjangkan citer fuhhhhhh hampir nk pitam kalau ingat blk kes 29.06.2013 petang sabtu lepas. Satu2nya permata hati aku hilang dari pandangan dekat Selayang Mall .. Rasa nak nangis kami cari dia.. Mak aku org pertama yang perasan dah bergenang air mata dia lagilah kusut otak aku... Huhuhu terlepas pandang nih.. Macam2 andaian terserbu dlm minda bila salah sorang peniaga dekat situ kata anak aku ada orang dah bawak pegi. dlm otak aku.. "Dah xkan jumpa dah anak aku, mesti orang tu bwk lari mcm kes2 penculikan dah xkan dpt blk dah ank kita.." hwaaaaaaaaaa TIDAKKKK


Alahai Danish cubalah dok diam2, pantang lepa, hilang dr pandangan. Kite dukung, xnaknye dia.. Tapi lepas ni dia memang akan di 'ikat' seperti picture di bawah (terpaksa wlpon nmpk kejam) 



Oklah citer sebelom kejadian. Aku, laki aku & danish bergegas ke Kg Melayu Kepong utk majlis resepsi adik ipar kak long. Sebenarnya aku dah tertinggal kapal (Kapal la sgt kan..). adik beradik lain semua dah gerak so tinggallah kami kelewatan sampai. Sampai2 bunyi helikopter atas langgit da. Fuyoooo meriah pengantin datang pakai heli!!!!! hahaha itu cumalah sekadar gimik je dr pengantin. Okla 1st time org buat tp yg best bg aku bunyi deruan motor2 berkuasa tinggi. Vrommm Vrommm, xcited sgt danish tgk. Selesai melantak, maka perot pon kembong kekenyangan. Gerak blk umah Kak zilla sbb nk tukar pampers, Hahahahahahaha gelak besar aku Qistina xpkai spender. Ada aingin lalu bwh kaki dia katanya.


sumber gambar dari koleksi album YatieMamet Osman


Dari rumah Kak Zilla, my mom, my sisters (Zilla & Ima), Beena, Qiqis, Nizam and laki aku decide ke Selayang Mall sbb semua dok ngidam nk mkn mkanan THai almaklumlah bkn selalu stall dia ada kat situ. Meja semua penuh kebetulan meja depan kaunter ada kerusi so parkinglah duduk situ. Aku beratur beli pulut mangga. since diorg semua ada dgn confidentnya aku mintak diorg tgkkan danish. Masa turn order Laksa Tomyam aku dgr diorg beralih tempat sbb laki aku dpt meja yg selesa, aku nmpk diorg bergerak ketempat lain ( dlm hati masih confident danish ada). Habis order aku pegi dkt diorg, duduk n tunggu makanan dgn selambanya tanpa tanya sesiapa mana ank aku. Tetiba mak bersuara, mana danish? Berderau darah aku bila xnmpk kelibat dia. 

Larilah aku kesana kesini cari danish sekitar stall and kedai lain, Setiap kedai aku masuk tanya ada nmpk x bdk kecik main2 kat situ. Ada peniaga yg kata ada tapi dah di bawak perempuan bertudung MERAH. Lari aku cari suami, time tu mmg rasa nk pengsan dah. Tgh nk cari lg, terdgr suara adik ipar aku Nizam bersuara " Dah jumpa dah danish " Ya Allah syukur alhamdullilah.  Nizam jumpa danish dlm kedai DIY yang aku tak sempat masuk sbb dgr dia dah di bwk org. Seronok Nizam ckp dia main senduk2 yg ada dlm kedai DIY tu. Anak oh anak!! dpt je pelok dia mmg tak lepaslah aku cium3. Memang tak terbayang klu 1 day aku dah x dpt cium bau dia lagi. Tak habis kat situ je, rupanya kak Zilla and Beena pegi cr pak guard rupanya. Nmpk muka beena cuak giler tp xkanlah aku nk salahkan dia sbb aku yg xdokong anak aku yg berat tu. hehehe (13 kg uooollsss )


Makanan nilah penyebab aku kehilangan Anak

Danish in action


Danish with daddy

Moral of the story, jangan sesekali tinggalkan budak dengan budak ok. Walau berat mcm mana sekalipon anak anda silalah dukong jgk atau ikat dalam stroller, kalau xde pkai trolly mall pon xpe

Wednesday, June 26, 2013

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Mesti korang semua peningkan melayan anak2 yang degil plus keras kepala. Fuhhhhhh... sabar jelah. Aku pon tak terkecuali dari merasa semua ni so alternatif aku cuba cari maklumat and tips macam mana nak lembutkan hati putra aku yang sorang tu. Nak dibiarkan memang tak bolehlah kan mentelah lg dia makin membesar so di bawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil dipetik dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 19 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )



Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.

disalin daripada daripada Majalah Q & A edisi 5

Tuesday, June 25, 2013

MELETOP!!! Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy

Pasangan ini muncul di program hiburan MeleTOP malam tadi untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka, Untuk Terakhir Kali yang akan ke udara di Astro RIA pada 9.00 malam 27 Jun 2013 nanti. Apabila Neelofa bertanyakan apa yang membuatkan telefilem ini berbeza dengan sinetron yang biasa di lakonkan, pelakon berasal dari Indonesia itu spontan & berseloroh menjawab "kerana adanya Elfira Loy".

“Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa & Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy — di’sambut sorakan satu studio. Bukan tu saja Baim Wong turut mahu menunjukkan SMS antara beliau & Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan semula handphonenya tanpa mendedahkan kepada umum.  Adakah mereka benar2  bercinta atau sekadar gimik untuk melariskan telefilem semata?
Kalau betol maka bertambahlah satu lg pasangan Malaysia, Indonesia selepas Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestrai (BCL). Sebenarnya tak salah pon kalau diorang bercinta, memang orang kata secocok memandangkan diorang ada darah campuran yang sama, darah campuran cina. 
So sweet and romantik sangat cara Baim Wong merenung manja mata elfira Loy. Harap2 adalah goods new dan bukan sekadar gimik. 






Monday, June 10, 2013

My Sanding Day


04.06.2011 tarikh sanding kami tp bkn tarikh keramat ok.

Sorry baru hari ni tergerak hati nak update blk blog setelah lama berkubur. rasa2 klu rumah dh lama penuh dgn sawang labah2 huhu.. Bukan malas OK cuma tak sempat almaklumlah dgn kehadiran anak yg sgt aktif menyukarkan aku utk menaip.

Ooopps berbalik kepada hari bersandingan aka hari konon menjadi raja sehari. Fuhhhh penat dohh plus sedikit tension dgn makeup hasil dr mak andam yg aku employ bkn nk complain byk tp hasil dia buat muka aku nampak sedih terutama bahagian mata. Tapi tak pelah aku maafkan memandangkan kakak tu pon ok so aku diamkan je, layankan jgklah pkai makeup tu sampai habis mkn beradap. Serius aku tak senang duduk almaklumlah aku pon makeup artis jgk tp bknlah makeup retis hehehe..



Selesai je mkn beradap aku terus berlari menuju ke bilik, apalagi bermulalah sesi mentouchup blk makeup td and aku terpaksa remove eyeshadow kakak andam (sorry akk) and aku sendiri conteng muka aku. the best part nasib baiklah aku ada sepupu yg sgt cantik n comel jadi assitant mendandan rambut so dia lah yg buat rambut cpt sikit siapkan. Maka terbanglah tudung litup aku td bhahahaha (jgn marah sy, sy mmg bkn alim)